Hari 'Arafah Kisah Cinta yang Diabadikan Allah
'Arafah berasal dari perkataan arab, 'arafa yang bermaksud kenal.
Hari 'Arafah boleh diartikan sebagai hari perkenalan atau ta'aruf. Umat Islam yang sedang berhaji melaksanakan wukuf di hari ‘Arafah,
hari ini mempunyai keutamaan yang sangat besar diantaranya hari mustajabnya
do’a. Hari tersebut juga adalah hari pengampunan dosa dan pembebasan diri dari
siksa neraka.
Arafah adalah daerah terbuka dan luas di sebelah timur luar kota
suci umat Islam di Mekkah, Arab Saudi. Di padang yang luas ini, pada satu hari
(siang hari) tanggal 9 Dzulhijjah pada penanggalan Hijriyah berkumpullah lebih
dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia untuk melaksanakan inti
ibadah haji, ibadah Wukuf (berdiam diri dan berdoa di arafah antara waktu
Zuhur 9 Dzulhijjah hingga terbit fajar 10 Dzulhijjah). (wikipedia)
Kisah Cinta yang Diabadikan Allah
9 Dzulhijjah dinamakan sebagai hari 'Arafah sebagai simbolik kepada
kisah Nabi Adam a.s. 'diperkenalkan' (dipertemukan) semula dengan Siti Hawa
a.s. Sejak diturunkan ke bumi, Hawa terus
memikirkan Nabi Adam. Bagaimana keadaannya sekarang? Apa ia sanggup hidup
sendirian di bumi ini? Hawa bertekad untuk bertemu Nabi Adam. Hawa terus
berjalan menyusuri bumi. Sesekali ia beristirahat sambil makan buah-buahan. Ia
terus berdoa kepada Allah agar segera dipertemukan dengan Nabi Adam. Hawa tiba
di sebuah padang pasir dan bukit yang sangat gersang. Ia sudah sangat
kelelahan dan hampir putus asa. Kemudian ia berdoa kepada Allah dengan sangat
khusyuk. Rupanya Allah mengabulkan doanya. Hawa melihat sosok yang sangat ia
kenali. Ia adalah Nabi Adam. Hawa memanggil Nabi Adam dan Nabi pun memanggil
Hawa dengan penuh kerinduan. Inilah saat yang paling membahagiakan bagi mereka. Pertemuan tersebut berlaku di tempat yang
bernama Jabal (bukit) Rahmah. Jabal (bukit) Rahmah, dipuncak bukit inilah Nabi
Adam a.s dipertemukan semula dengan isterinya Siti Hawa a.s setelah dipisahkan
selama 200 tahun.
Sebuah kisah yang diabadikan oleh yang diabadikan oleh Allah
sebagai pedoman seluruh umat islam, kisah ini memang tidak seromantis seperti
kisah cerita cinta masa kini.
Namun, dewasa ini umat islam malah lebih senang memperingati tanggal 14 Februari yang dianggap sebagai Hari
Kekasih berbanding tanggal 9 Dzulhijjah yang sebenarnya jauh lebih layak untuk
digelarkan sebagai Hari Kekasih buat seluruh umat Islam. Bukan sekadar pengabadian
kepada sebuah kisah cinta.
Kisah bertemunya Adam a.s. dan Siti Hawa a.s merupakan kisah cinta antara dua pasangan suami isteri
yang menggambarkan kesetiaan antara suami dan isteri dalam perjalanan mengejar
ridho Ilahi.
Dalam Q.S Al-a’raf yang dimulai dari ayat 11 dan seterusnya yang
merupakan peringatan dari Allah perihal sumpahan iblis di hadapan Allah untuk
menggoda setiap keturunan Nabi Adam a.s. selain turut mengabadikan kejayaan
iblis yang pertama sehingga membawa kepada pengusiran Nabi Adam a.s. dan
isterinya Siti Hawa dari syurga.
Hari 'Arafah seharusnya menjadi hari peringatan buat semua umat
Islam akan musuh sebenar mereka, yaitu iblis yang tidak pernah berputus asa
untuk menghasut anak cucu keturunan Nabi Adam a.s. seperti mana yang telah tertulis
di dalam Al-Quran yang artinya:
"Iblis berkata, kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku
akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan
mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kiri dan dari kanan mereka,
dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (Allah) berfirman,
keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir!
Seungguhnya barangsiapa di antara mereka yang mengikutimu, pasti akan Aku isi
neraka Jahannam dengan kamu semua." (Al-A'raf:16-18)
"Ia (iblis) berkata: Tuhanku, oleh kerana Engkau telah
memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah
bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan bagi mereka kesemuanya. Kecuali
hamba-hambaMu di antara mereka yang ikhlas." (Al-Hijr:39-40)
Oleh kerana itu, Hari 'Arafah adalah hari yang terbaik bagi umat
Islam untuk bermuhasabah diri, menganalisa kembali amalan-amalan yang telah
dilakukan. Apakah mungkin kita tergolong di kalangan orang-orang yang telah
terperangkap dengan tipu daya iblis? Atau, adakah kita sudah tergolong di
kalangan hamba-hambaNya yang ikhlas? Yang telah disebut oleh iblis sebagai
orang yang selamat dari tipu helahnya.
'Mega sale' dari Allah di Hari 'Arafah
Untuk para umat muslim yang tidak melaksanakan ibadah haji, berikut
ini adalah keistimewaan
Hari 'Arafah berdasarkan kepada hadith-hadith Nabi s.a.w:-
1. Hari Maghfirah ( keampunan)
Bagi mereka yang tidak menunaikan haji, adalah sangat dituntut
untuk berpuasa di Hari 'Arafah berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w,
"Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya
mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."
Di dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda:
صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده
والسنة التي قبله
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar
menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" -
[Hadith riwayat Tirmudzi].
Antara hadith lain, Habsah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad
s.a.w tidak pernah meninggalkan pusa 9 Dzulhijjah, bahkan baginda pernah
menyebut: "Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa
melainkan puasa bulan Ramadhan dan puasa pada 9 Dzulhijjah."
Jumhur ulama mengatakan bahwa adalah mustahab (sesuatu yang
dikerjakan oleh Rosulullah Shalallahu’alaihi Wassallam satu kali atau dua kali,
seperti sholat dhuha , melakukan pengobatan dengan bekam.) berpuasa bagi
mereka yang bukan jemaah Haji dan tidak digalakkan bagi mereka yang sedang
menunaikan haji berdasarkan kepada hadith dari Umm Fadhil (isteri al-Abbas):
أنهم شكوا في صوم النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، فأرسلت إليه
بلبن، فشرب، وهو يخطب الناس بعرفة
Maksudnya; "Bahawa mereka ragu akan puasa Nabi saw pada hari
Arafah, maka dikirim kepada baginda susu lalu (baginda) meminumnya, dan beliau
sedang berkhutbah di Arafah" - (Hadith riwayat Muttafaqun 'alaih)
Ia menunjukkan tidak disukai (tidak digalakkan) berpuasa bagi
mereka yang berwuquf disaat yang agung ini, dan hikmah tidak berpuasa karena kemungkinan
akan melemahkan mereka dari melakukan zikir dan do'a, dan melakukan
amalan-amalan haji.
2. Musatajab do'a
Daripada Sayyidatina 'Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tiada daripada hari yang lebih ramai dibebaskan Allah hamba-hambaNya dari
api neraka melainkan pada Hari 'Arafah, dan sesungguhnya Dia mengasihani dan
bangga di hadapan malaikat sambil bertanya: Apakah yang dikehendaki oleh mereka
itu?"
(Hadith riwayat Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah,
Darqatni, Hakim dan Al-Baihaqi)
Allah mendengar doa hamba-hambaNya dan memakbulkan doa-doa mereka
yang memuliakan hari 'Arafah. Oleh itu, mintalah apa sahaja daripada Allah.
3. Terlepas dari siksaan neraka
Dari shohabat Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila
tiba Hari 'Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan para malaikat dan
berfirman: "Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang kepadaKu
dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku
bersaksi di hadapan kamu (malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka."
Maka kata malikat: Sesungguhnya ada di kalangan mereka yang telah pun baligh.
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka." Sabda
Rasulullah s.a.w: "Maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas
daripada neraka daripada Hari 'Arafah."
(Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
4. Turunnya rahmat Allah
Nabi s.a.w pernah menyatakan, hari 'Arafah adalah hari yang palig
dibenci oleh syaitan. Syaitan-syaita akan menjadi lemah kerana besar dan
luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian ahmba-hambaNya yang beramal
soleh.
Hari dibukanya pintu langit, dilimpahkan kerahmatan, dan dibukanya
pintu penerimaan yang seluas-luasnya oleh Allah untuk hambaNya. Tidak ada hari
yang lebih banyak rahmat dan berkat, lebih terang cahayanya serta lebih luas
penerimaan dari Allah selain dari hari itu. Tidak ada waktu syaitan menjadi
terlebih keji, terlampau hina, tersangat kecewa dari hari-hari tersebut kerana
kurniaan yang sangat agung dari Allah Ta'ala terhadap hambaNya.
Demikianlah, besarnya makna 9 Dzulhijjah buat hamba-hamba Allah
yang benar-benar menghayatinya. Sebuah kisah cinta dua insan yang diabadikan
oleh Allah dan di hari itu juga Dia hadir untuk melimpahkan cintaNya buat
seluruh hamba-hambaNya sama ada yang pergi menunaikan haji atau pun tidak.
Namun, kebanyakan dari kita hanya melihat hari 'Arafah sebagai hari yang hanya khusus
buat jamaah haji semata-mata Semoga kita termasuk ke dalam golongan mereka yang
berlomba-lomba melakukan amal kebajikan.
Hari 'Arafah Kisah Cinta yang Diabadikan Allah
Reviewed by Anam
on
2:05 PM
Rating:

No comments
Post a Comment